BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Wednesday, July 29, 2009

MAKLUMAN UNTUK PEMIMPIN (3)

PENYIARAN MAKLUMAT MELALUI BLOG

1. Pengakap Daerah Kerian sudah lama mempunyai blog yang mengandungi pelbagai maklumat dan informasi berkaitan pengakap Kerian. Pengakap Daerah amat menggalakkan para pemimpin supaya melayari blog Pengakap Kerian ini untuk memperolehi maklumat dan pengumuman terkini.

2. Bagi kem-kem ujian lencana kemajuan sekolah menengah dan sekolah rendah, pengakap daerah hanya akan menghantar surat jemputan menyertai kem ke sekolah-sekolah sahaja manakala maklumat-maklumat tentang senarai keperluan barangan peserta, aktiviti, jadual bertugas, pertukaran lokasi dan pindaan tarikh termasuk pembatalan sesuatu program akan dimaklumkan melalui laman blog ini. Para pemimpin boleh memuat turun (download) informasi-informasi yang difikirkan perlu melalui blog ini.

3. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin pengakap mendapatkan maklumat dan makluman terkini untuk kebaikan ahli-ahli pengakap kumpulan. Sila rujuk blog ini untuk mengetahui urusan Kem Keris Emas dan Kem Lencana Jaya yang akan datang. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini sangat dihargai. Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 22, 2009

Senarai Nama Peserta Kumpulan Yang Menyertai Sesebuah Kem

Pemimpin Pengakap Sekolah yang menghantar peserta untuk menyertai sesebuah kem ujian lencana hendaklah menyediakan senarai peserta sekolah anda yang mengandungi maklumat berikut :
1. Nama penuh peserta
2. No. K/P (Bagi P.Muda / Remaja )
3. Tahun / Tingkatan
4. Nama sekolah ( jika tiada ' letter head ' )
5. Nama / No. telefon Guru Pengiring

* Guru Pengiring yg tercatit pada senarai nama peserta hendaklah mempastikan nombor &
telefon tuan/puan aktif dan mudah dihubungi.
* Senarai nama ini hendaklah secara cetakan komputer / bertaip.
* Senarai nama mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Pen.Kanan atau Pemimpin
Pengakap.

Tuesday, July 21, 2009

Cara Memasang Lencana Di Lengan Baju PKK, PM & PR









PENGAKAP REMAJA









PENGAKAP MUDA









PENGAKAP KANAK-KANAK

Pentadbiran Pengakap Malaysia

MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA
* ( Ahli-Ahli Rasmi )

Yang Di Pertua ( Ketua Pengakap Negara )
Naib Yang Di Pertua
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Pen.Pen.Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa
Pen.Pen.Pesuruhjaya Antarabangsa
Pesuruhjaya Latihan Negara
Semua Pesuruhjaya Negeri


Penaung Utama
SPB Yang DI Pertuan Agong

Semua Setiausaha Majlis Pengakap Negeri
Eksekutif Latihan Negara
Pengelola Latihan Negara
Pengelola Persaudaraan BP
Bendahari Majlis Pengakap Malaysia
Ketua Setiausaha Kerja Majlis Pengakap Malaysia
* Ahli-Ahli Yang Dilantik
Seorang ahli biasa daripada tiap-tiap MPN yang dipilih oleh MPN
Seorang ahli yang dilantik oleh menteri Kerajaan Pusat yg bertanggungjawab dengan kewangan.
Seorang ahli yang dilantik oleh menteri Kerajaan Pusat yg bertanggungjawab dengan pendidikan.
Seorang ahli yang dilantik oleh menteri Kerajaan Pusat yg bertanggungjawab dengan belia.
Seorang ahli yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia
Seorang ahli yang dilantik bagi mewakili Persekutuan di dalam Majlis Belia Malaysia.

Organisasi PPM Negeri Perak.

MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK 2009
Tuan Haji Shahruddin Bin Hj Isa
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perakshahruddin@ppmperak.net
Unit HEM, PPD Kinta Utara, Leboh Cator, Ipoh

Encik Ahmad Rosidi Bin Ramly
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan)rosidi@ppmperak.net
Sek Men Sains Teluk Intan, Teluk Intan.

Encik Khairul Bin Abu Kassim
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Perhubungan Awam)khairul@ppmperak.net

Tuan Haji Kamarul Bahari Bin Muhamad Ali
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S/U Program)kamarul@ppmperak.net
SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor

Encik Tan Teik Soon
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S/U Latihan)tan@ppmperak.net
SMJK San Min, Jln Merbuk, Teluk Intan.

Encik Ab Aziz Bin Ab Rahman
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pengakap Remaja)aziz@ppmperak.net
SMK Bukit Jana, Kemunting

Encik Hashamuddin Bin Hussein
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Penerbitan)hasamudin@ppmperak.net
SK Felda, Lawin Selatan, Gerik.

Puan Leong Pe LeePenolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pengakap Kanak-Kanak)leong@ppmperak.net
SJKC Sam Tet, Ipoh

Encik Kamaludin Bin Mydin
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (QM)kamaludin@ppmperak.net
Batu 10 ½ , Bota Kanan, Bota.

Encik Mohd Shahrul Nizam Bin Muhammad Idrus
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Kelana)shahrulkelana@ppmperak.net
E2, Kampung Masjid, Bidor

Encik Mohamed Wazer Bin Abdullah

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batang Padangwazer@ppmperak.net
SMK Bidor, Jln Teluk Intan, Bidor

Encik Abdul Raoff Bin Tarhip
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hilir Perakraoff@ppmperak.net
SMJK San Min, Jln Merbuk, Teluk Intan

Encik Sirat Bin Abdullah
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Peraksirat@ppmperak.net
SK Klian Intan, Klian Intan

Encik Jamil Bin Hassan
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kerian jamil@ppmperak.net
SK Tanah Kebun, Parit Buntar.

Encik Mohd Ramli Bin Mohd Baki
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kintaramli@ppmperak.net
SK Kg Pasir Putih, Tmn Shatin, Ipoh

En Aminuddin bin Mat Lodin
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Kangsarhayati@ppmperak.net
SK Seroli, Sungai Siput(U)

Tn Hj Md Radzi Bin Ismail
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Larut Matang dan Selamaradzi@ppmperak.net
PPD LMS, Jln Taming Sari, Taiping.

Encik Ramlan Bin Husin
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Manjungramlan@ppmperak.net
SK Dato Ishak, Teluk Muroh, Lumut

Encik Yaman Bin Abdul Rani
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perak Tengahyaman@ppmperak.net
SK Bota Kanan, Bota

Monday, July 20, 2009

Pentadbiran Pengakap Daerah

MAJLIS PENGAKAP DAERAH
1.
Yang Di Pertua ( Bukan Ahli Beruniform )
2.
Naib Yang Di Pertua ( Bukan Ahli Beruniform )
3.
Pengerusi ( Bukan Ahli Beruniform )
4.
Naib Pengerusi ( Bukan Ahli Beruniform )
5.
Setiausaha ( En. Mohd Radzi b. Hj Haron )
6.
Bendahari ( Dilantik )
7.
AJK ( Dilantik )
8.
Pemeriksa Kira-Kira ( 2 orang )

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KERIAN
1. En. Jamil b. Hassan
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
2. En. Azzat b. Habibullah
Pen.Pes.Pengakap ( Latihan )
3. En. Imran b. Mohd Yusof
Pen.Pes.Pengakap ( Program )
4. En. Mohd Khalid b. Mohd Yusuf
Pen.Pes.Pengakap ( Remaja )
5.
Pen.Pes.Pengakap ( Muda )
6. Pn Zaiton bt Mohd Shuib
Pen.Pes.Pengakap ( PKK )
7. En. Mohd Khairi b. Ahmad
Pen.Pes.Pengakap ( Kelana )
8. En Tarmizi b. Mohd Arif
Pen.Pes.Pengakap ( QM-Makanan )
9. Pn Shazratul Afrah bt Ismail
Pen.Pes.Pengakap ( Helwani )
10 Pn Rodziah bt Yaakob
Pen.Pes.Pengakap ( Kebudayaan )
11 Pn Roziana bt Mohd Noor
Pen.Pes.Pengakap ( Pentadbiran )
12 En Khasni b. Hassan
Pen.Pes.Pengakap ( QM- Alatan /Teknikal )

MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH
1. Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( Pengerusi )
2. Pen. Pesuruhjaya Latihan ( Naib Pengerusi )
3. Setiausaha ( Pemimpin yang dilantik )
4. Bendahari ( Pemimpin yang dilantik )
5. Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah
6. Semua Pemimpin Pengakap Kumpulan / Sekolah


PASUKAN LATIHAN PENGAKAP DAERAH
* Pesuruhjaya ( Penasihat )
* Pen.Pesuruhjaya Latihan ( Pengerusi )
* Pen.Pesuruhjaya Program ( Setiausaha )
* Pen.Pesuruhjaya ( Bendahari ) - dilantik
* Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( Ahli-Ahli Rasmi )
* Semua Pemegang Manikayu 4 bit, 3 bit , 2 bit. ( Ahli-ahli dilantik )

Istiadat Laung Agung ( Pengakap Kanak-Kanak )






1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ".

6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).
  • Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.

Istiadat Pengibaran Bendera ( Pengakap Muda / Remaja )



Kumpulan / Troup bersiap sedia dalam bentuk ladam / tapak kuda. Pemimpin-pemimpin berbaris panjang 3 langkah di belakang tiang bendera, pemimpin bertugas ( 3 langkah di kiri tiang bendera ) akan memberi arahan berikut :


1. BENDERA

- semua mengadap bendera. Ketua Patrol bertugas keluar terus ke tiang bendera. Petugas berhenti jarak 1 langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan dengan satu tarikan. Petugas selangkah ke belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh semua pemimpin dan pengakap lain tanpa mengira bendera berkibar atau tidak. Petugas berpusing ke belakang dan berjalan kembali ke posisi asal ( berkawad ).

2. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN

- para pemimpin dan pengakap menyanyi bersama-sama dgn penuh semangat. ( Jika ada bendera negeri / pengakap, bolehlah menyanyi lagu Negeri atau lagu pengakap selepas lagu kebangsaan ).

3. BACAAN DOA

- pemimpin bertugas memberi isyarat ' up ' dan doa dibacakan. Pengakap beragama lain berdoa mengikut cara masing-masing. Pemimpin bertugas memberi isyarat ' up ' sekali lagi tanda turunkan tangan ke kedudukan sedia. Pemimpin bertugas memberi arahan ' senang diri ' .


  • Seterusnya Ketua Kem / Pemimpin Bertugas / Pemimpin akan memberikan ucapan/taklimat dan seumpamanya kepada pengakap sebelum mengarahkan mereka keluar baris / bersurai.


MAKLUMAN UNTUK PEMIMPIN (2)

1. Para pemimpin di peringkat kumpulan diharap dapat mempastikan ahli-ahli pengakap sekolahnya yang hadir untuk menyertai kem adalah ahli-ahli yang berdaftar iaitu yang tersenarai namanya dalam borang pendaftaran PPM 1(a).

2. Pihak PLD memandang berat terhadap kes-kes ahli pengakap yang tidak menghadiri ujian lencana yang pertama tetapi dibawa oleh pemimpin untuk hadir ke ujian lencana ke 2. Contoh : tidak menduduki / menyertai Kem Keris Gangsa tetapi menghadiri Kem Keris Perak dan seumpamanya.

3. Para pemimpin tidak dibenarkan menghantar ahli-ahli pengakapnya berkhidmat sebagai pembantu ke kem-kem pengakap daerah tanpa memaklum / memohon lebih awal kepada Pengerusi Latihan.

4. Kumpulan pengakap di sekolah sangat digalakkan untuk memiliki / membawa khemah apabila menyertai sesuatu perkhemahan daerah. Pengakap Daerah amat menggalakkan ahli-ahli pengakap yang hadir untuk berkhemah / tidur di dalam khemah sewaktu perkhemahan daerah.


5. Para pemimpin Pengakap dinasihatkan agar lebih prihatin terhadap tahap pengetahuan PKK / P.Muda atau P.Remaja dalam kumpulannya tentang pengetahuan am dan ilmu pengakapan kerana pengetahuan tahap pengetahuan dan kemahiran ini semakin merosot dari tahun ke tahun.

Thursday, July 16, 2009

BAS PENGAKAP

1. Pemandunya PEMIMPIN
2. Konduktornya KETUA KUMPULAN
3. Tiketnya PENDAFTARAN
4. Destinasinya KEM DAERAH / NEGERI
5. Pintunya KESANGGUPAN
6. Tangganya USAHA MAJU JAYA
7. Bumbungnya KUASA PENGANJUR
8. Enjinnya KERJASAMA
9. Tayarnya SKIMA UJIAN
10. No. platnya NOMBOR KUMPULAN

  • WHEN I AM RIGHT, NO ONE REMEMBER...... WHEN I AM WRONG, NO ONE FORGET........

Info - Jawatankuasa Pengakap Peringkat Kumpulan

JAWATANKUASA PENGAKAP PERINGKAT KUMPULAN

1. Kuasa Penganjur ( Pengetua / Guru Besar )
2. Setiausaha ( Pemimpin / Ketua Penasihat Pengakap )
3. Bendahari ( Dilantik dalam kalangan Pen.Pemimpin )
4. AJK
- Penolong-Penolong Pemimpin
- Pengerusi PIBG
- Ibubapa / Penjaga ( Yang berminat )
- Ketua Kampung
- Tokoh-tokoh tempatan

JAWATANKUASA MAJLIS KETUA PATROL

1. Penasihat ( Pemimpin / Guru Pengakap )
2. Pengerusi ( Ketua Kumpulan / Troup Leader )
3. Setiausaha ( Dilantik dlm kalangan Ketua-Ketua Patrol )
4. Bendahari ( Dilantik dlm kalangan Ketua-Ketua Patrol )
5. Ahli-Ahli
- Ketua-Ketua Patrol
- Penolong-Penolong Ketua Patrol

JAWATANKUASA MAJLIS KUMPULAN
Jika sesebuah sekolah menengah mempunyai 2 orang pemimpin yang menguruskan 2 unit yang berbeza iaitu Pengakap Muda dan Remaja.

1. Penasihat ( Pengetua )
2. Pemimpin Kumpulan ( Menjadi Pengerusi Majlis ini )
3. a) Pemimpin Unit Pengakap Remaja
b) Pemimpin Unit Pengakap Muda
4. Penolong-Penolong Pemimpin ( Mengikut Unit )

Senarai Kumpulan / Keahlian Yang Berdaftar Di Kerian Sehingga 10 Julai 2009

INFO:
Jumlah Sekolah Rendah 67 ( termasuk SJKC & SJKT )
Jumlah Sekolah Menengah 25 ( termasuk SABK )

SEKOLAH RENDAH
SK Tanah Kebun 29
SK Sama Gagah 6
SK Dato Mas'ud 28
SK Seri Pinang 39
SK Matang Jelutong 14
SK Parit Hj Taib 61
SK Kuala Kurau Baru 22
SK Sungai Setar 48
SK Methodist 46
SK Jalan Bahru 187
SK Alor Pongsu 20
SK Seri Siakap 57
SK Kampung Kedah 29
SK Kuala Kurau 62
SK Seri Kerian 24
SK Matang Gerdu 83
SK Baru 21
SK Tanjung Piandang 4
SK Sungai Megat Aris 51
SK Bagan Serai 63
SK Pt Hj Wahab 22
SK Sungai Baharu 25
SK Pend Khas (Tg Piandang ) 12
SK Wawasan 31
SK Teluk Medan 13
SK Kuala Gula 16
SK Teluk Pial 8
SJKC Tong Wah 35
SK Jln Matang Buluh 58
SK Kg Selamat 22
SJKC Yu Chai 149
SJKC Chong Wah 24
SJKC Sim Hwa 8
SK Dato Alauddin 70
SK Changkat Lobak 50
SK Tebuk Panchur 27
SK Parit Hj Aman 9
SK Titi Serong 41

SEKOLAH MENENGAH
SMK Raja Lope Nor Rashid 102
SMK Seri Perak 90
SMK Alor Pongsu 88
SMK Abu Bakar Al Baqir 73
SMK Alang Iskandar 6
SMKA Kerian 66
SMK Kerian 144


  • Data di atas diperolehi daripada Pesuruhjaya Pengakap Kerian pada 10/7/2009.

Skima Latihan Lencana Keris Emas





























Buku ini wajar dimiliki oleh semua pemimpin pengakap kanak-kanak.

Simpulan & Ikatan Skima Keris Emas


Wednesday, July 15, 2009

Buku Program Latihan Pengakap Muda


Setiap pemimpin pengakap atau setiap kumpulan atau setiap ahli pengakap muda harus memiliki sebuah buku ini untuk memandu ke laluan yang betul. Apabila pemimpin atau ahli pengakap memiliki buku ini, anda akan mendapat bimbingan tentang bagaimanakah cara untuk menyempurnakan buku log, apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari mengikut sesuatu skima lencana, apakah perkara-perkara yang wajib dan yang tidak diwajibkan, ehwal lencana kepandaian dan perkhidmatan serta cara memperolehinya dan sebagainya.

Simpulan & Ikatan Dalam Skima Lencana Jaya




Simpulan & Ikatan Dalam Skima Lencana Maju




Simpulan & Ikatan Dalam Skima Lencana Usaha




Simpulan & Ikatan Lencana Keahlian Pengakap Muda




Sudut Latihan Cetak & Warna





























Contoh Aktiviti PKK Dalam Perjumpaan Mingguan




1. LAUNG AGUNG
- mengibarkan bendera / hormat bendera
- lagu Negaraku / lagu Negeri
- bacaan doa
- ikrar persetiaan ( jika perlu )
- pemeriksaan kehadiran / uniform / kebersihan.

2. AKTIVITI 1
- latihan sejenis simpulan / ikatan mengikut skima./ pengisian
buku log.

3. AKTIVITI 2
- Permainan

4. AKTIVITI 3
- Cerita & Nyanyian

5. LAUNG AGUNG ( Penutup )
- Pesanan / Nasihat
- Menurunkan bendera / Menyerahkan bendera
- Bersurai.

MAKLUMAN UNTUK PEMIMPIN ( 1 )


Sumber, bahan rujukan dan informasi berkaitan pengakap sangat banyak dan mudah diperolehi termasuklah melalui internet. Para pemimpin dan ahli pengakap dapat memperolehi semua maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah berbanding 15 - 20 tahun dahulu. Bagi pemimpin pengakap di daerah Kerian, Kedai Pengakap Kerian merupakan sumber bekalan dan penyaluran maklumat. Para pemimpin pengakap sekolah menengah dan rendah akan dapat memperolehi informasi yang diingini di kedai pengakap selain daripada memperolehi ilmu melalui pengalaman membantu mengelolakan kem-kem pengakap peringkat daerah.

Malangnya peluang dan kemudahan ini tidak digunakan oleh majoriti pemimpin dan ahli pengakap di Kerian. Hasilnya, para pemimpin terus ' tidak tahu ' atau ' tidak berminat untuk mengambil tahu ' walaupun memegang jawatan sebagai pemimpin pengakap di sekolah. Malu atau malas bertanya ditambah pula dengan alasan-alasan seperti ' kami dilantik sebagai penasihat pengakap tanpa kerelaan ' , ' apa saya dapat jika aktif berpengakap ' , ' aktiviti pengakap merugikan wang & masa saya ', ' hari cuti ialah masa untuk berehat ', ' kami cuma penolong pemimpin bukannya pemimpin ', kami penasihat sahaja bukan pemimpin pengakap dan seumpamanya ini sebenarnya hanya memburukkan lagi keadaan.

Kesannya bukanlah kepada pemimpin tetapi secara langsung terhadap ahli-ahli pengakap dalam kumpulannya. Maka wujudlah kumpulan pengakap yang ramai ahlinya tetapi tidak tahu apa-apa atau ahli-ahli pengakap di sekolah berkenaan mulai beralih arah ke unit berunifom lain.

Hal-hal seperti inilah yang menjadi halangan bagi Daerah Kerian untuk melahirkan Pengakap Raja dalam kalangan pelajar Melayu..

Contoh Binaan-Binaan Gajet