BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Wednesday, August 26, 2009

KEM EMAS, JAYA DAN JOTA 2009

Semua kumpulan pengakap hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan terkini. Pengakap Daerah akan memaklumkan tentang Kem Keris Emas, Kem Jaya dan Jota melalui blog ini. Menurut berita tidak rasmi, program-program di atas mungkin terpaksa ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan nanti.
Para pemimpin diminta agar mempastikan para calon sentiasa bersedia terutama tentang kesempurnaan buku log. Pastikan buku log disiapkan mengikut Borang Semakan Buku Log / Skima Ujian masing-masing. Pastikan buku-buku log disemak dan ditandatangani oleh pemimpin di bahagian yang perlu ditandatangani oleh pemimpin. Semua borang berkenaan boleh diperolehi di blog ini.
Selamat Berpuasa & Berbuka...

Monday, August 10, 2009

BUKU LOG PENGAKAP MUDA / REMAJA

SEMUA PENGAKAP/SEMUA PEMIMPIN/

DIINGATKAN...SIJIL UNTUK UJIAN LENCANA KEMAJUAN ( USAHA / MAJU /JAYA/LENCANA TERTINGGI )

MESTI DITUNTUT :

12 BULAN DARI TARIKH UJIAN.

SELEPAS 12 BULAN
1. SIJIL TIDAK AKAN DIKELUARKAN.
2. PENGAKAP BERKENAAN PERLU HADIR UJIAN SEKALI LAGI.

mkmy/08/09

Wednesday, August 5, 2009

PERKHEMAHAN DAN H1N1

Perkhemahan Pengakap & Wabak H1N1

Kem Lencana Jaya (SM) , Kem Keris Emas ( SR ) dan Jota Kerian (SR) dijangkakan berlangsung pada bulan Oktober 2009 ini. Walau bagaimanapun, pihak pengakap daerah akan memaklumkan situasi terkini kedudukan program-program tersebut dari masa ke semasa kepada tuan/puan melalui blog ini.