BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Thursday, December 17, 2009

MASIHKAH KAU INGAT...


MASIH TAK MENGAKU ?
  1. Masih pertahankan peserta yang ramai tetapi tenaga kerja tidak mencukupi ?
  2. Masih sanggup bersimpati kepada yang tidak prihatin / berminat ?
  3. Masih beria-ia mengekalkan jumlah aktiviti sedangkan orang yang sama bertugas ?
  4. Masih gemar memberi cadangan tetapi tidak sanggup melaksanakannya ?
  5. Masih enggan menerima realiti ?
  6. Masih sukar memilih keutamaan sama ada aspek kebajikan atau berunsur komersial ?
  7. Masih sanggup memberi perkhidmatan dalam keadaan tidak berpuas hati, merungut dan mengumpat melalui message ?
  8. Masih sanggup menggantikan tugas orang lain yang tidak sanggup komited ?
  9. Masih beria memberi cadangan tetapi orang lain yang kena buat ?
  10. Masih tidak menyedari sikap sendiri walaupun telah diberi perumpamaan dan kiasan ?

PLD & AKTIVITI RADIO AMATUR



Pasukan Latihan Pengakap Daerah (PLD) Kerian amat mengalu-alukan para pemimpin untuk menceburi hobi yang menarik ini. Sebagai langkah awal, PLD berharap semakin ramai ahli-ahli akan menduduki RAE ( Radio Amatur Examination ) Kelas B terlebih dahulu. Sebarang soalan berkaitan aktiviti ini bolehlah berhubung dengan En. Mohd Khalid b. Mohd Yusuf 9M2MM.

BERHIBUR SEJENAK

video
MULAN

video
UNSAFE ACTS

video
TRANSFORMING SNAIL

Wednesday, December 16, 2009

WORLD SCOUT JAMBOREE

video
SENARIO WORLD JAMBOREE

video
CONTOH KAWAD KAKI

AKELA & PEK BERCUTI.

video

TIDAK RAMAI AKELA TERDIRI DARIPADA PEMIMPIN PENGAKAP WANITA. NAMUN MASING-MASING MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI.

THE OUTSIDER


Hubungan pertama anda dengan patrol / troup yang sedia ada atau patrol / troup yang baru dikenali sebagai ' The Outsider '. Berikut ialah sedikit panduan untuk anda mendekati dan memahami kumpulan pengakap yang baru anda pimpin di sekolah khasnya sekolah menengah.

  • Troup dan Patrol adalah kepunyaan ahli-ahli pengakap ini dan mereka tidak suka anda menyatakan kesilapan mereka itu dan ini walaupun sebenarnya memang terdapat kesilapan.
  • Mereka tidak suka idea-idea anda dipaksa diterima sementara idea mereka kurang atau tidak dilayan.
  • Mereka tidak suka anda menyentuh perkara-perkara yang telah lama menjadi tradisi mereka.
  • Mereka akan menilai personaliti anda dari persepsi mereka sebelum anda sempat memahami mereka.
  • Mereka meletakkan harapan tinggi apabila berlaku pertukaran pemimpin.
  • Mereka akan membandingkan anda dengan pemimpin lalu dari semua aspek.

Oleh yang demikian ;

  • Elakkan daripada membuat perubahan yang serta merta.
  • Tentukan kegiatan awal anda bersama mereka adalah menarik dan berjaya mencuri perhatian.(First Impression)
  • Jangan merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin mereka yang lalu.
  • Ikuti dahulu tradisi lama sebelum beransur mengubah ke tradisi baru.
  • Berusahalah mendekati mereka, prihatin terhadap personaliti dan karektor mereka.
  • Laksanakanlah aktiviti kegiatan luar bersama mereka supaya anda semakin dekat dan mereka semakin mendekati serta memahami anda.
  • Anda perlu bijaksana untuk menolak permohonan mereka melalui perbincangan dan alasan-alasan yang mereka tidak dapat nafikan kebenarannya.
  • Jika anda tidak mengetahui sesuatu, anda perlu tahu mencari jalan keluar / penyelesaian untuk membantu prestasi patrol / troup anda.
  • Jangan mengharapkan sesuatu persefahaman itu terjalin dalam tempoh yang cepat.
  • Hidup pemimpin...hiduplah kumpulan.

Tuesday, December 15, 2009

KHUTBAH PENGAKAP



SEKIRANYA PENGAKAP MERUPAKAN SEBUAH JABATAN@INSTITUSI AWAM ATAU SWASTA YANG MEMBERI GAJI DAN ELAUN KEPADA KAKITANGANNYA, TENTULAH .....

  1. Bilangan pemimpin yang datang ke kem-kem pengakap di luar jangkaan.
  2. Permohonan pemimpin untuk memberikan perkhidmatan terpaksa melalui proses tapisan bahkan mungkin sesi temuduga.
  3. Pemimpin akan mula berkhidmat sekurang-kurangnya seawal jam 7.30 pagi.
  4. Perkhidmatan ' overtime ' (OT) terpaksa dikaji dengan adil & saksama kepada semua pihak.
  5. Semua petugas berpakaian seragam yang lengkap.
  6. Setiap orang mengetahui & memahami bidang tugas masing-masing.
  7. Berlaku persaingan untuk menjawat gelaran ahli pasukan latihan atau penolong pesuruhjaya daerah dan ke atas.
  8. Kakitangan jabatan@institusi ini akan lebih prihatin terhadap keperluan para peserta sama ada sekolah rendah atau menengah.
  9. Sistem Giliran sebagai ketua kem / komandan kem akan dilaksana.
  10. Jawatankuasa Pengelola akan berfungsi sepenuhnya.
  11. Yang malas, curi tulang, kurang komited dsbnya akan terpinggir dan tercicir dengan sendirinya melalui penilaian penyelia@majikan atau ketua jabatan.
  12. Saiz bilangan yang ' mencuri tulang ' dapat dikecilkan atau dihapuskan.
  13. Pemimpin akan memerah idea baru untuk memaju dan memeriahkan lagi aktiviti yang berlangsung.
  14. Fenomena ' cakap tidak serupa bikin ' akan berkurangan.
  15. Setiap keputusan akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.
  16. Setiap perubahan akan diminitkan dan dibangkitkan.
  17. Setiap kepincangan / kelemahan pengurusan kem akan difikir / dikongsi bersama.
  18. Buku dan nota yang diberikan kepada pemimpin lebih dihargai.
  19. Tiada lagi pemimpin pengakap yang dilantik dalam kalangan orang yang tidak berminat atau tidak komited.
  20. Berebut-rebut untuk menghadiri mesyuarat / seminar disamping memberi cadangan yang bernas.
  21. Majlis yang kecil tentu bertukar menjadi besar dengan kehadiran ketua jabatan.
  22. Peruntukan dan bantuan akan mencurah-curah.
  23. Program-program kem akan ditambah bagi menggambarkan keaktifan jabatan@institusi di mata majikan.
  24. Kemudahan dan kebajikan yang tidak pernah dimimpikan akan dirangka dan dikurniakan.
  25. Setiap pemimpin akan berusaha meningkatkan pengetahuan dalam ilmu perkhemahan dan kepengakapan bagi tujuan anjakan gaji dan elaun.
  26. Surat kepujian dan pingat yang membawa gelaran akan dituntut serta menjadi impian.
  27. Jawatan Pesuruhjaya dan Pen-Pen.Pesuruhjaya menjadi rebutan dan harapan.
  28. PPM Daerah Kerian mempunyai pejabat tersendiri yang lengkap dengan pusat latihan untuk pelbagai peringkat.

Monday, December 14, 2009

PENGAKAP & PERKHEMAHAN


APAKAH BERPENGAKAP ?
  • Satu program lengkap yang diatur dan disusun melalui aktiviti ' bermain sambil belajar ' yang bertujuan untuk membantu membentuk kanak-kanak menjadi remaja dan seterusnya menjadi manusia yang berguna & bertanggungjawab terhadap diri,masyarakat dan negara.
  • Ia sepatutnya menyeronokkan, kaya dengan pembelajaran dan teladan serta mampu memberi kesan kepada ahli-ahlinya.

BERKHEMAH DI KEM PENGAKAP



MENGAPA KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH PERLU MEMILIKI KHEMAH SENDIRI APABILA MENYERTAI KEM PENGAKAP DI DAERAH KERIAN ?

  1. Membina ketahanan diri ahli-ahli pengakap.
  2. Berusaha mengelakkan penggunaan bilik darjah sebagai bilik penginapan.
  3. Harga khemah yang tidak mahal dan pihak sekolah mampu menyediakannya..
  4. Adalah janggal apabila istilah perkhemahan digunakan tetapi para peserta bermalam dalam kelas@bilik darjah atau bangunan moden yang berbumbung.
  5. Kemahiran mendiri dan meruntuhkan khemah tidak lagi diketahui@dikuasai oleh para pelajar.
  6. Pengalaman mendirikan khemah dan bermalam dalam khemah tidak sama dengan pengalaman bermalam di bilik darjah / bangunan dll.
  7. llmu perkhemahan semakin hari semakin dipinggirkan sedangkan pengakap generasi baru semakin cetek pengetahuan & kemahiran ehwal ilmu perkhemahan cara pengakap.