Hubungan pertama anda dengan patrol / troup yang sedia ada atau patrol / troup yang baru dikenali sebagai ' The Outsider '. Berikut ialah sedikit panduan untuk anda mendekati dan memahami kumpulan pengakap yang baru anda pimpin di sekolah khasnya sekolah menengah.
- Troup dan Patrol adalah kepunyaan ahli-ahli pengakap ini dan mereka tidak suka anda menyatakan kesilapan mereka itu dan ini walaupun sebenarnya memang terdapat kesilapan.
- Mereka tidak suka idea-idea anda dipaksa diterima sementara idea mereka kurang atau tidak dilayan.
- Mereka tidak suka anda menyentuh perkara-perkara yang telah lama menjadi tradisi mereka.
- Mereka akan menilai personaliti anda dari persepsi mereka sebelum anda sempat memahami mereka.
- Mereka meletakkan harapan tinggi apabila berlaku pertukaran pemimpin.
- Mereka akan membandingkan anda dengan pemimpin lalu dari semua aspek.
Oleh yang demikian ;
- Elakkan daripada membuat perubahan yang serta merta.
- Tentukan kegiatan awal anda bersama mereka adalah menarik dan berjaya mencuri perhatian.(First Impression)
- Jangan merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin mereka yang lalu.
- Ikuti dahulu tradisi lama sebelum beransur mengubah ke tradisi baru.
- Berusahalah mendekati mereka, prihatin terhadap personaliti dan karektor mereka.
- Laksanakanlah aktiviti kegiatan luar bersama mereka supaya anda semakin dekat dan mereka semakin mendekati serta memahami anda.
- Anda perlu bijaksana untuk menolak permohonan mereka melalui perbincangan dan alasan-alasan yang mereka tidak dapat nafikan kebenarannya.
- Jika anda tidak mengetahui sesuatu, anda perlu tahu mencari jalan keluar / penyelesaian untuk membantu prestasi patrol / troup anda.
- Jangan mengharapkan sesuatu persefahaman itu terjalin dalam tempoh yang cepat.
- Hidup pemimpin...hiduplah kumpulan.
No comments:
Post a Comment