Sunday, December 20, 2009
Thursday, December 17, 2009
MASIHKAH KAU INGAT...
MASIH TAK MENGAKU ?
- Masih pertahankan peserta yang ramai tetapi tenaga kerja tidak mencukupi ?
- Masih sanggup bersimpati kepada yang tidak prihatin / berminat ?
- Masih beria-ia mengekalkan jumlah aktiviti sedangkan orang yang sama bertugas ?
- Masih gemar memberi cadangan tetapi tidak sanggup melaksanakannya ?
- Masih enggan menerima realiti ?
- Masih sukar memilih keutamaan sama ada aspek kebajikan atau berunsur komersial ?
- Masih sanggup memberi perkhidmatan dalam keadaan tidak berpuas hati, merungut dan mengumpat melalui message ?
- Masih sanggup menggantikan tugas orang lain yang tidak sanggup komited ?
- Masih beria memberi cadangan tetapi orang lain yang kena buat ?
- Masih tidak menyedari sikap sendiri walaupun telah diberi perumpamaan dan kiasan ?
PLD & AKTIVITI RADIO AMATUR
Pasukan Latihan Pengakap Daerah (PLD) Kerian amat mengalu-alukan para pemimpin untuk menceburi hobi yang menarik ini. Sebagai langkah awal, PLD berharap semakin ramai ahli-ahli akan menduduki RAE ( Radio Amatur Examination ) Kelas B terlebih dahulu. Sebarang soalan berkaitan aktiviti ini bolehlah berhubung dengan En. Mohd Khalid b. Mohd Yusuf 9M2MM.
Wednesday, December 16, 2009
AKELA & PEK BERCUTI.
TIDAK RAMAI AKELA TERDIRI DARIPADA PEMIMPIN PENGAKAP WANITA. NAMUN MASING-MASING MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI.
THE OUTSIDER
Hubungan pertama anda dengan patrol / troup yang sedia ada atau patrol / troup yang baru dikenali sebagai ' The Outsider '. Berikut ialah sedikit panduan untuk anda mendekati dan memahami kumpulan pengakap yang baru anda pimpin di sekolah khasnya sekolah menengah.
- Troup dan Patrol adalah kepunyaan ahli-ahli pengakap ini dan mereka tidak suka anda menyatakan kesilapan mereka itu dan ini walaupun sebenarnya memang terdapat kesilapan.
- Mereka tidak suka idea-idea anda dipaksa diterima sementara idea mereka kurang atau tidak dilayan.
- Mereka tidak suka anda menyentuh perkara-perkara yang telah lama menjadi tradisi mereka.
- Mereka akan menilai personaliti anda dari persepsi mereka sebelum anda sempat memahami mereka.
- Mereka meletakkan harapan tinggi apabila berlaku pertukaran pemimpin.
- Mereka akan membandingkan anda dengan pemimpin lalu dari semua aspek.
Oleh yang demikian ;
- Elakkan daripada membuat perubahan yang serta merta.
- Tentukan kegiatan awal anda bersama mereka adalah menarik dan berjaya mencuri perhatian.(First Impression)
- Jangan merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin mereka yang lalu.
- Ikuti dahulu tradisi lama sebelum beransur mengubah ke tradisi baru.
- Berusahalah mendekati mereka, prihatin terhadap personaliti dan karektor mereka.
- Laksanakanlah aktiviti kegiatan luar bersama mereka supaya anda semakin dekat dan mereka semakin mendekati serta memahami anda.
- Anda perlu bijaksana untuk menolak permohonan mereka melalui perbincangan dan alasan-alasan yang mereka tidak dapat nafikan kebenarannya.
- Jika anda tidak mengetahui sesuatu, anda perlu tahu mencari jalan keluar / penyelesaian untuk membantu prestasi patrol / troup anda.
- Jangan mengharapkan sesuatu persefahaman itu terjalin dalam tempoh yang cepat.
- Hidup pemimpin...hiduplah kumpulan.
Tuesday, December 15, 2009
KHUTBAH PENGAKAP
SEKIRANYA PENGAKAP MERUPAKAN SEBUAH JABATAN@INSTITUSI AWAM ATAU SWASTA YANG MEMBERI GAJI DAN ELAUN KEPADA KAKITANGANNYA, TENTULAH .....
- Bilangan pemimpin yang datang ke kem-kem pengakap di luar jangkaan.
- Permohonan pemimpin untuk memberikan perkhidmatan terpaksa melalui proses tapisan bahkan mungkin sesi temuduga.
- Pemimpin akan mula berkhidmat sekurang-kurangnya seawal jam 7.30 pagi.
- Perkhidmatan ' overtime ' (OT) terpaksa dikaji dengan adil & saksama kepada semua pihak.
- Semua petugas berpakaian seragam yang lengkap.
- Setiap orang mengetahui & memahami bidang tugas masing-masing.
- Berlaku persaingan untuk menjawat gelaran ahli pasukan latihan atau penolong pesuruhjaya daerah dan ke atas.
- Kakitangan jabatan@institusi ini akan lebih prihatin terhadap keperluan para peserta sama ada sekolah rendah atau menengah.
- Sistem Giliran sebagai ketua kem / komandan kem akan dilaksana.
- Jawatankuasa Pengelola akan berfungsi sepenuhnya.
- Yang malas, curi tulang, kurang komited dsbnya akan terpinggir dan tercicir dengan sendirinya melalui penilaian penyelia@majikan atau ketua jabatan.
- Saiz bilangan yang ' mencuri tulang ' dapat dikecilkan atau dihapuskan.
- Pemimpin akan memerah idea baru untuk memaju dan memeriahkan lagi aktiviti yang berlangsung.
- Fenomena ' cakap tidak serupa bikin ' akan berkurangan.
- Setiap keputusan akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.
- Setiap perubahan akan diminitkan dan dibangkitkan.
- Setiap kepincangan / kelemahan pengurusan kem akan difikir / dikongsi bersama.
- Buku dan nota yang diberikan kepada pemimpin lebih dihargai.
- Tiada lagi pemimpin pengakap yang dilantik dalam kalangan orang yang tidak berminat atau tidak komited.
- Berebut-rebut untuk menghadiri mesyuarat / seminar disamping memberi cadangan yang bernas.
- Majlis yang kecil tentu bertukar menjadi besar dengan kehadiran ketua jabatan.
- Peruntukan dan bantuan akan mencurah-curah.
- Program-program kem akan ditambah bagi menggambarkan keaktifan jabatan@institusi di mata majikan.
- Kemudahan dan kebajikan yang tidak pernah dimimpikan akan dirangka dan dikurniakan.
- Setiap pemimpin akan berusaha meningkatkan pengetahuan dalam ilmu perkhemahan dan kepengakapan bagi tujuan anjakan gaji dan elaun.
- Surat kepujian dan pingat yang membawa gelaran akan dituntut serta menjadi impian.
- Jawatan Pesuruhjaya dan Pen-Pen.Pesuruhjaya menjadi rebutan dan harapan.
- PPM Daerah Kerian mempunyai pejabat tersendiri yang lengkap dengan pusat latihan untuk pelbagai peringkat.
Monday, December 14, 2009
PENGAKAP & PERKHEMAHAN
APAKAH BERPENGAKAP ?
- Satu program lengkap yang diatur dan disusun melalui aktiviti ' bermain sambil belajar ' yang bertujuan untuk membantu membentuk kanak-kanak menjadi remaja dan seterusnya menjadi manusia yang berguna & bertanggungjawab terhadap diri,masyarakat dan negara.
- Ia sepatutnya menyeronokkan, kaya dengan pembelajaran dan teladan serta mampu memberi kesan kepada ahli-ahlinya.
BERKHEMAH DI KEM PENGAKAP
MENGAPA KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH PERLU MEMILIKI KHEMAH SENDIRI APABILA MENYERTAI KEM PENGAKAP DI DAERAH KERIAN ?
- Membina ketahanan diri ahli-ahli pengakap.
- Berusaha mengelakkan penggunaan bilik darjah sebagai bilik penginapan.
- Harga khemah yang tidak mahal dan pihak sekolah mampu menyediakannya..
- Adalah janggal apabila istilah perkhemahan digunakan tetapi para peserta bermalam dalam kelas@bilik darjah atau bangunan moden yang berbumbung.
- Kemahiran mendiri dan meruntuhkan khemah tidak lagi diketahui@dikuasai oleh para pelajar.
- Pengalaman mendirikan khemah dan bermalam dalam khemah tidak sama dengan pengalaman bermalam di bilik darjah / bangunan dll.
- llmu perkhemahan semakin hari semakin dipinggirkan sedangkan pengakap generasi baru semakin cetek pengetahuan & kemahiran ehwal ilmu perkhemahan cara pengakap.
Sunday, December 13, 2009
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)