BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Wednesday, July 15, 2009

MAKLUMAN UNTUK PEMIMPIN ( 1 )


Sumber, bahan rujukan dan informasi berkaitan pengakap sangat banyak dan mudah diperolehi termasuklah melalui internet. Para pemimpin dan ahli pengakap dapat memperolehi semua maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah berbanding 15 - 20 tahun dahulu. Bagi pemimpin pengakap di daerah Kerian, Kedai Pengakap Kerian merupakan sumber bekalan dan penyaluran maklumat. Para pemimpin pengakap sekolah menengah dan rendah akan dapat memperolehi informasi yang diingini di kedai pengakap selain daripada memperolehi ilmu melalui pengalaman membantu mengelolakan kem-kem pengakap peringkat daerah.

Malangnya peluang dan kemudahan ini tidak digunakan oleh majoriti pemimpin dan ahli pengakap di Kerian. Hasilnya, para pemimpin terus ' tidak tahu ' atau ' tidak berminat untuk mengambil tahu ' walaupun memegang jawatan sebagai pemimpin pengakap di sekolah. Malu atau malas bertanya ditambah pula dengan alasan-alasan seperti ' kami dilantik sebagai penasihat pengakap tanpa kerelaan ' , ' apa saya dapat jika aktif berpengakap ' , ' aktiviti pengakap merugikan wang & masa saya ', ' hari cuti ialah masa untuk berehat ', ' kami cuma penolong pemimpin bukannya pemimpin ', kami penasihat sahaja bukan pemimpin pengakap dan seumpamanya ini sebenarnya hanya memburukkan lagi keadaan.

Kesannya bukanlah kepada pemimpin tetapi secara langsung terhadap ahli-ahli pengakap dalam kumpulannya. Maka wujudlah kumpulan pengakap yang ramai ahlinya tetapi tidak tahu apa-apa atau ahli-ahli pengakap di sekolah berkenaan mulai beralih arah ke unit berunifom lain.

Hal-hal seperti inilah yang menjadi halangan bagi Daerah Kerian untuk melahirkan Pengakap Raja dalam kalangan pelajar Melayu..

No comments:

Post a Comment