BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Tuesday, July 14, 2009

Syarat Penyertaan & Keperluan Peserta Kem Lencana Jaya 2009








Keperluan Peserta



1. Berdaftar sebagai ahli pengakap yang sah.
2. Mendapat kebenaran ibubapa / penjaga & pihak sekolah.
3. Sihat tubuh badan.
4. Membawa buku log Jaya yang telah disempurnakan mengikut Borang Semakan Buku Log
Lencana Jaya.
5. Alat tulis termasuk pensil warna ( Ujian Bertulis )
6. Pakaian untuk riadah / ibadat / senaman.
7. Pakaian Seragam pengakap yang lengkap termasuk forage cap / tali pinggang dan seluar
panjang biru.
8. Tali pengakap ( 1 meter )
9. Tikar / lampu suluh / keperluan peribadi yang difikirkan perlu.
10. Pinggan & Cawan sendiri.
11. Bilahan buluh sepanjang 1 kaki setiap satu untuk membina gajet model. Model sebuah Menara
Bertangga.
12. Bayaran penyertaan RM 19.00 seorang ( RM16-makan / RM3-pengurusan ).


Keperluan Kumpulan

1. Khemah untuk peserta - semua peserta wajib tidur dalam khemah.
2. Sekolah yang menyertai hendaklah merupakan kumpulan yang telah berdaftar.
3. Sediakan DUA SALINAN senarai nama peserta kumpulan / sekolah secara bertaip /
cetakan komputer. ( Nama Penuh / No. Kad Pengenalan ).
4. Kem Lencana Jaya tamat pada jam 12.00 tengahari ( Setelah Program Gotong Royong ).

No comments:

Post a Comment