BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Tuesday, July 14, 2009

Ringkasan Nota Pengurusan Perkhemahan


PENGURUSAN PERKHEMAHAN

PENDAHULUAN

· Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
· Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
· Kini berkhemah / perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi
pengajian.
· Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela / unit beruniform.
· Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan khemah dan perkhemahan ialah pengakap.
· Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
· Aktiviti berkhemah menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan & ketidakselesaan.

SEBELUM PERKHEMAHAN

1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH
a) rekreasi
- mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak mementingkan
kegiatan
kemahiran Ilmu perkhemahan.
b) khusus
- kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan
yang berlatar belakang suasana ‘ back woods ’. ( ala hutan ).
c) pengembaraan ekspedisi
- berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat /
perancangan baru.
d) misteri
- siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan yang diberikan
sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.
e) penyelidikan
- membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu
lokasi.
f) ikhtiar hidup ( survival )
- untuk tujuan yang lebih khusus
- biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.

2. PERANCANGAN

· Membuat kertas kerja ( organisasi / bajet / kos / logistik ).
· Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
· Senarai petugas / Jadual bertugas.
· Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
· Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
· Pengisian aktiviti
· Senarai pegawai & peserta
· Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B
· Makan minum ( Kaedah )
· Pengangkutan peserta ( persendirian atau berkumpulan )
· Peralatan perhubungan ‘ radio komunikasi ’.
· Mengambil insuran tambahan ( jika difikirkan perlu ).
· Jika program melibatkan jemputan sekolah yang datang dari luar daerah atau negeri Perak, ikuti
prosedur biasa iaitu melalui PPD / JPN yang berkenaan.

3. PEMILIHAN LOKASI

· Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.

4. MEMPEROLEHI KEBENARAN

· Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
· Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
· Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
· Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada Pengetua.
· Surat kebenaran ibu bapa pelajar.

5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN

· Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
· Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
· Taklimat awal kepada para peserta program
a) barangan yang dibawa dll.
b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibubapa.

SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN

1. TAKLIMAT KETUA PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM
· Peraturan / Larangan & Disiplin
· Taklimat program aktiviti
· Menyelia perjalanan program.


2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DGN PEGAWAI KEM
· Hari - 1 / 2 / 3


3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM


SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN

1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi tertentu untuk
mempastikan semua peserta telah pulang.
2. Membuat laporan.
3. Menghantar surat penghargaan.
4. Mesyuarat post mortem.

CONTOH – CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN ILMU PERKHEMAHAN

1. Memasang / Menaik / Mengibar / Menurun & Melipat bendera.
2. Menganyam daun kelapa untuk membina atap & dinding.
3. Membina biovac ( tempat perlindungan / bermalam ) daripada bahan semulajadi.
4. Mendirikan & melipat khemah.
5. Membina gajet ( pepara ).
6. Membina pintu gerbang / menara / jambatan / rakit.
7. Membina unggun api.
8. Menyalakan api.
9. Membina dapur ( Cara hutan ).
10. Memasak Cara Hutan ( Backwoods Cooking ).
11. Ikatan & Simpulan.
12. Isyarat wisel / Isyarat Sulit & Semboyan.
13. Menganggar / Mengukur jarak dan ketinggian ( Estimation ).
14. Membaca peta topo / grid dan kontur.
15. Menggunakan kompas.
16. Pandu Arah ( Orienteering ).
17. Mengenal tumbuh-tumbuhan bagi tujuan rawatan sementara.
18. Pertolongan Cemas ( Anduh / Balutan & Rawatan Awal ).
19. Membina usungan ( pengusung ).
20. Kesenian kraf tangan ( daripada bahan semulajadi ).

1 comment: