BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Wednesday, July 15, 2009

Peranan & Tugas Ketua Kem


PERANAN & TUGAS KETUA KEM PENGAKAP
DI DAERAH KERIAN


1. SEBELUM KEM
· Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan terlebih dahulu untuk melantik pegawai, membentuk
jawatankuasa kecil, menentukan bidang tugas dsbnya. Sebaik-baiknya mesyuarat itu diadakan di tapak perkhemahan atau sekolah yang menjadi tuan rumah.
· Melawat tempat / tapak perkhemahan.
· Berbincang dengan tuan rumah / warden tentang penempatan peserta, lokasi, susuatur perkhemahan,
kedudukan kawasan-kawasan untuk beraktiviti, kawasan larangan beraktiviti, penginapan pegawai,
urusetia, pembantu, barangan-barangan keperluan, kawasan / bilik tambahan, suis-suis utama, tandas,
tangki air tambahan dan sebarang permasalahan yang dijangka atau tidak dijangkakan.
· Mengetahui sebarang syarat atau permintaan Guru Besar berkenaan dari semasa ke semasa.

( Tuan Rumah hanya bertindak menyediakan kemudahan-kemudahan yang diminta oleh pihak pengakap daerah yang telah dibenarkan oleh Guru Besar berkenaan )


2. HARI PERTAMA ( JUMAAT )

· Harus bagi Ketua Kem atau Timbalan atau wakil datang lebih awal supaya dapat melihat sendiri senario
atau sebarang situasi yg boleh mencetuskan masalah dalam pengurusan kem kelak.

2.1 Menilai / meramal keadaan cuaca. Sediakan Pelan B jika perlu.
2.2 Mengetahui jumlah peserta ( lelaki dan perempuan ), tenaga penguji dan
pembantu ( lelaki+perempuan ) yang ada@berkhidmat di lokasi.
2.3 Menyampai taklimat kepada para peserta tentang tapak perkhemahan / peraturan tetap / larangan /
disiplin / keselamatan / tatacara berpakaian / nama pegawai-pegawai yang bertugas / ehwal
kecemasan / perjalanan aktiviti selepas taklimat itu hinggalah jam 10.30 – 11.00 malam.
2.4 Menyerahkan jadual program aktiviti kem kepada pembantu.
2.5 Menyampaikan taklimat khas kepada para pembantu kem tentang disiplin diri, sentiasa bersedia,
tugasan atau perkara yang perlu mereka lakukan sebelum sesuatu sesi aktiviti bermula / ketetapan
waktu dll.
2.6 Memantau perjalanan pengurusan kem pada hari pertama seperti yang telah tercatit / ditetapkan /
dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
- mengaktifkan unit kawalan malam bila tiba masanya.
2.7 Menjalankan Mesyuarat Pemimpin / Pegawai termasuk Pembantu.
- mendengar laporan setiap unit & langkah penyelesaian.
- tugasan aktiviti hari Sabtu
- aktiviti penyemakan buku log jika perlu.


3. HARI KEDUA ( SABTU )

3.1 Menilai dan Meramal keadaan cuaca. Sediakan Pelan B jika perlu.
3.2 Istiadat Bendera atau Laung Agung dilaksanakan oleh Ketua Kem kira-kira 7.30 – 7.45 pagi selepas
sarapan pagi.
3.3 Memantau perjalanan aktiviti seperti yg telah ditentukan dalam mesyuarat.
3.4 Mencatitkan setiap kepincangan, kekurangan atau permasalahan dalam pengurusan aktiviti yg
diperhatikan sepanjang hari berkenaan.
3.5 Mempastikan setiap pengkalan ujian diketuai oleh seorang PLD atau Pemimpin dan dibantu oleh 1-2
orang pengakap Kelana atau Pembantu kem.
3.6 Mempastikan setiap aktiviti yg dilaksanakan terhadap para peserta adalah selamat dan tidak
menimbulkan sebarang isu besar.
3.7 Istiadat Menurunkan Bendera / Laung Agung kira-kira jam 6.45 – 7.00 ptg.
3.8 Mempastikan perjalanan aktiviti Malam Kebudayaan selamat dan tidak mendatangkan sebarang isu.
besar.
3.7 Menjalankan Mesyuarat Pemimpin / Pegawai termasuk Pembantu.
- mendengar laporan setiap unit & langkah penyelesaian.
- tugasan aktiviti hari Ahad
- aktiviti penyemakan buku log jika perlu.

4. HARI KETIGA ( AHAD )

4.1 Menilai dan Meramal keadaan cuaca. Sediakan Pelan B jika perlu.
4.2 Istiadat Bendera atau Laung Agung dilaksanakan oleh Ketua Kem kira-kira jam 8.00 pagi selepas
sarapan pagi.
- penyusunan aktiviti meruntuhkan khemah.
- penyusunan aktiviti gotong royong memulihara kawasan & kemudahan tempat kem.
- J/Kuasa gotong royong bersama Kelana atau Pembantu Kem melaksanakan aktiviti tersebut.
4.3 Mendapatkan maklumat / laporan dpd panel buku log tentang buku-buku log peserta. ( Melihat
contoh-contoh buku log yg terpilih bagi pelbagai kes ).
4.4 Mendapatkan maklumat / laporan dpd j/kuasa penguji tentang prestasi calon-calon ujian.
4.5 Berbincang / Mendapatkan pandangan daripada Pen.Pes.Pengakap Unit PKK atau Muda atau
Remaja atau Pengerusi Latihan Daerah ).
4.6 Ketua Kem membuat keputusan sendiri. ( Maklumkan keputusan kepada Pengerusi Latihan Daerah ).
4.7 Majlis Penutup / Penyerahan Sijil / Cenderahati.
4.8 Bersurai.

No comments:

Post a Comment