BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Wednesday, July 29, 2009

MAKLUMAN UNTUK PEMIMPIN (3)

PENYIARAN MAKLUMAT MELALUI BLOG

1. Pengakap Daerah Kerian sudah lama mempunyai blog yang mengandungi pelbagai maklumat dan informasi berkaitan pengakap Kerian. Pengakap Daerah amat menggalakkan para pemimpin supaya melayari blog Pengakap Kerian ini untuk memperolehi maklumat dan pengumuman terkini.

2. Bagi kem-kem ujian lencana kemajuan sekolah menengah dan sekolah rendah, pengakap daerah hanya akan menghantar surat jemputan menyertai kem ke sekolah-sekolah sahaja manakala maklumat-maklumat tentang senarai keperluan barangan peserta, aktiviti, jadual bertugas, pertukaran lokasi dan pindaan tarikh termasuk pembatalan sesuatu program akan dimaklumkan melalui laman blog ini. Para pemimpin boleh memuat turun (download) informasi-informasi yang difikirkan perlu melalui blog ini.

3. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin pengakap mendapatkan maklumat dan makluman terkini untuk kebaikan ahli-ahli pengakap kumpulan. Sila rujuk blog ini untuk mengetahui urusan Kem Keris Emas dan Kem Lencana Jaya yang akan datang. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini sangat dihargai. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment