1. Para pemimpin di peringkat kumpulan diharap dapat mempastikan ahli-ahli pengakap sekolahnya yang hadir untuk menyertai kem adalah ahli-ahli yang berdaftar iaitu yang tersenarai namanya dalam borang pendaftaran PPM 1(a).
2. Pihak PLD memandang berat terhadap kes-kes ahli pengakap yang tidak menghadiri ujian lencana yang pertama tetapi dibawa oleh pemimpin untuk hadir ke ujian lencana ke 2. Contoh : tidak menduduki / menyertai Kem Keris Gangsa tetapi menghadiri Kem Keris Perak dan seumpamanya.
3. Para pemimpin tidak dibenarkan menghantar ahli-ahli pengakapnya berkhidmat sebagai pembantu ke kem-kem pengakap daerah tanpa memaklum / memohon lebih awal kepada Pengerusi Latihan.
4. Kumpulan pengakap di sekolah sangat digalakkan untuk memiliki / membawa khemah apabila menyertai sesuatu perkhemahan daerah. Pengakap Daerah amat menggalakkan ahli-ahli pengakap yang hadir untuk berkhemah / tidur di dalam khemah sewaktu perkhemahan daerah.
5. Para pemimpin Pengakap dinasihatkan agar lebih prihatin terhadap tahap pengetahuan PKK / P.Muda atau P.Remaja dalam kumpulannya tentang pengetahuan am dan ilmu pengakapan kerana pengetahuan tahap pengetahuan dan kemahiran ini semakin merosot dari tahun ke tahun.
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment