BUKU LOG KERIS GANGSA

SEMUA PEMIMPIN PKK,
DIMAKLUMKAN,STOK BUKU LOG KERIS GANGSA HAMPIR HABIS.YANG ADA KURANG 100 NASKAH.
SEKOLAH YANG BERHASRAT UNTUK MENYERTAI KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA 2011 (AWAL APRIL) SILA DAPATKAN SATU NASKAH(PERCUMA).
PEMIMPIN DIMINTA MEMBUAT SALINAN PHOTOSTAT MENGIKUT KEPERLUAN.

T.KASIH
MOHD.KHALID
ADC

Pendaftaran tahun 2011

Semua Pemimpin Pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2011

TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG TELAH MENDAFTAR.

Pendaftaran Keahlian /Kumpulan 2011

SEMUA KUMPULAN PENGAKAP DAERAH KERIAN DIMINTA MENGURUSKAN PENDAFTARAN MULAI JANUARI 2011.

SILA DAPATKAN BORANG MELALUI LAMAN SESAWANG:

http://www.myscout.com.my/daftar/borang.html

Sila cetak borang-borang yang berkenaan dan hantarkan 2 salinan kepada Pengakap Daerah Kerian.

sekian.
adc (ttk)

Tuesday, July 14, 2009

Ujian Bertulis Di Kem Ujian Lencana Daerah


Ujian Bertulis akan dilaksanakan semula di kem-kem ujian lencana kemajuan PKK / PM dan PR Daerah Kerian. Pelaksanaan semula ujian bertulis ini antaranya disebabkan oleh tahap pengetahuan peserta-peserta yang menghadiri kem semakin rendah. Pemberhentian sesi ujian bertulis ini suatu masa dahulu antaranya adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan sesi-sesi pengujian, mengurangkan bebanan para peserta dan menjimatkan kos serta masa. Namun apabila sesi ini diabaikan, secara beransur-ansur didapati ramai peserta mengalami kesukaran untuk menjawab soalan-soalan mudah berkaitan pengetahuan am, ilmu pengakap, ilmu perkhemahan dan kenegaraan.
Ujian Bertulis ini dilaksanakan semula mulai Kem Keris Emas / Kem Jaya 2009 ini. Pemberatan pemarkahan antara ujian bertulis / ujian amali dan kesempurnaan buku log mungkin akan dijadikan kriteria LULUS - GAGAL.

No comments:

Post a Comment